Medan Infodesa + Ubuntu + Opensource
Pendedahan Ubuntu kepada masyarakat, terutamanya masyarakat luarbandar bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan membebankan. Malah pendedahan ini memberi seribu erti dalam senyuman setiap pengguna bila mereka merasai perbezaan diantara Windows dan Ubuntu, yang mana ubuntu lebih memukau dari segi design dan efeknya. Siapa kata Ubuntu tidak mesra pengguna? Dengan hanya beberapa minit, mereka dah boleh biasakan diri dengan perubahan itu.
Satu pusat Medan Infodesa dalam wilayah KETENGAH telah dijadikan sebagai satu permulaan bagi kajian penerimaan penduduk luarbandar terhadap Ubuntu. Walaupun Medan Infodesa agak ketinggalan berbanding Pusat Komuniti Bestari Terengganu dari segi pengenalan (Mengenalkan) Opensource dan Linux kepada masyarakat, namun ia tetap dengan satu matlamat, seiring dengan Pusat E-Komuniti Bestari.
Bukan susah untuk berubah, hanya niat dan matlamat. Terima kasih..

Tak kisah lambat ke cepat cuma pendedahan tu perlu diteruskan ….
rancang la dengan teliti untuk manfaat semua. bukan senang nak berubah kalau dah lama dengan sesuatu produk..
Terima Kasih,
Aku setuju dengan pendapat ko.. “rancang dengan teliti”..
Sekarang ni pun aku guna konsep Sebaran secara halus..